Muzik video Boneka_(lagu_Ernie_Zakri)

Muzik video rasmi untuk "Boneka" telah dilancarkan di saluran YouTube Rocketfuel Network pada 24 Julai 2019.[6] Ia difilemkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa pemulihan sekaligus menjadi muzik video Ernie pertama yang menampilkan beliau memakai tudung.[7][8] Menurut Ernie, idea untuk merakamkan muzik video itu datang daripada dirinya sendiri sambil menyatakan "saya nak sesuatu yang baharu".[9]

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Ernie mendedahkan beliau turut mengambil inspirasi fesyen yang digayakan oleh penyanyi Singapura, Rahimah Rahim untuk penataan fesyen bagi muzik video "Boneka".[10]

Biarpun mendapat ulasan positif daripada penonton dan warganet kerana mempamerkan gaya fesyen yang pelik dan unik,[11][12] ia turut mendapat kritikan kerana ia menggunakan terlalu banyak kain seolah-olah seperti di kedai tekstil.[6][13] Ernie kemudian meluahkan rasa gembira kerana konsep yang dibawa dalam muzik video "Boneka" mendapat perhatian di media sosial sambil berkata "kalau itu membuatkan mereka mengingati lagu Boneka, mengapa tidak?".[6] Muzik video "Boneka" telah meraih jumlah tontonan sebanyak 750,000 tontonan sejak pelancarannya, ia turut menduduki carta sohor kini YouTube.[9][14] Ia juga turut mendapat perhatian daripada sensasi YouTube luar negara.[9]

Di belakang tabir penggambaran muzik video "Boneka" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 25 Ogos 2020.[15]

Rujukan

WikiPedia: Boneka_(lagu_Ernie_Zakri) https://www.allmusic.com/album/boneka-mw0003414302 https://music.apple.com/bn/album/boneka-single/152... https://www.budiey.com/ernie-zakri-lantang-bersuar... https://www.budiey.com/fesyen-unik-ernie-zakri-dal... https://gempak.com/artikel/39484/ernie-rakam-singl... https://kitareporters.com/gaya/xkazpnWYdJ https://www.kopiplanet.com/ernie-zakri-tampil-bert... https://open.spotify.com/album/2QFlx1U7zGlvmgP3WKl... https://www.youtube.com/watch?v=4Wm8hbR24ig https://www.youtube.com/watch?v=Mykqjw5_xe8